i just don't know #2

Aku tidak tahu apa yang bermain di fikiranku saat ini. rasanya sakit. hingga sampai ke hati. cuba ku pujuk agar lebih tabah. tapi apakan daya tidak mereka turutkan. 

dalam hati ini terasa mahu marah. kadang kadang rasa sedih. kadang kadang rasa mahu ketawa. perasaan itu bercampur gaul. ingin ku buang perasaaan itu jauh jauh tapi tidak mereka endahkan. tetap di tempat mereka. tidak bergerak. aku cuba lagi. keadaannya masih sama. 

kala ini, aku sunyi. keadaan sekelilingku sunyi. tiada sesiapa. hanya aku dan perasaan aku yang sedang berkecamuk dari tadi. tiada siapa peduli. tiada siapa ambbil tahu. tiada siapa. semua orang dengan hal masing masing. seorang ke sana. seorang ke sini. aku pula seorang diri. cuba tenangkan hati ini sekali lagi. benarlah kata orang. orang yang suka ketawa adalah orang yang paling banyak menangis dallam hati mereka. ya itu aku. hanya dengan isthirgfar dapat tenangkan sedikit hatiku ini. ya Allah. tiada apa yang lebih hebat dariMu. hanya Kau segala-galanya :') 

lindungilah hambaMu yang lemah ini ya Allah. Kau bantulah dia. dia tidak kuat untuk tempuhi semua ini lagi. semoga aku mendapat rahmatMu ya Allah. lindungilah aku supaya aku sentiasa di jalan yang lurus. amin
 i need someone hug me and tell me that everything gonna be OK. 

No comments: