heart, please be strong

hai and Assalamualaikum.

hari ni dah start cuti. tapi baru first day cuti dah bosan. tak tahu nak buat apa. time cenggini kalau takda cikgu dalam kelas mesti tengah borak borak dengan wani, enul, ila apa semua tu. hmm. 2 3 hari ni ramai datang rumah. sampai ibu nak keluar pun tak boleh. diaorang nak meet ibu abah. nak mintak maaaf apa semua tu.  besok ibu abah pergi umrah. semoga selamat sampai dan selamat balik. semoga dapat menunaikan umrah dengan jayanya. hehe. aminn. bila lah aku dapat jejak tanah suci tu. bila aku cakap dekat si dia macam tu dia cakap "nanti pergi dengan suami". *gelak golek golek* insyaAllah kalau dipanjangkan umur ye :P

exam baru habis hari rabu hari tu. exam last tu Prinsip Akaun paper 1. markahnya udah dapat. sikit bangat tauukkk!! gue ini dimarahin sama buk Zaiton *pun boleh* kerana dapat markahnya sikit bangat. lol. sedih k kena marah. malu sedih semua ada time kena marah tu.sebabnya kena marah depan kawan. memang ah malu. i'll try my best exam akhir tahun ni. bukannya apa. tak ingat format akaun tu. habis semua salah. ngek betul. rasa putus asa sebab apa yang kita buat tak membuahkan hasil. lepas tu, mulalah rasa macam malas nak belajar sebab dah tahu akan dapat markah rendah. that is so me!! macam mana lah nak hilangkan perasaan putus asa ni. benci ah. paper BM pulak, okay la kot. dapat 72% B+. okay dak? Alhamdulillah walaupun tak dapat A tapi still bersyukur dan rasa bangga dengan diri sendiri. syukur sangat. tu baru 2 paper dapat. nanti kalau dapat semua macam mana lah agaknya. aiihh. poning eden mikirin.


aku rindu dia. rindu sangat. rindu nak suruh dia ajarkan aku subjek yang aku tak paham. rindu nak tengok muka dia time dia tengah ajar aku. eh nampak sangat tak focus. haha. tapi sungguh. aku rindu. ya Allah kau lindungi dia untukku. sedih bila tak dapat jumpa selalu. bila dia balik, aku pulak takda moto nak pergi rumah dia. yelah. along kerja. macam mana nak pergi? sedih k sedih. entah dia rindu ke tidak aku ni. hari tu, entah kenapa aku nampak budak tu muka macam dia. dah rindu sangat sangat kot. sungguh. tak tipu. memang macam dia. cara budak tu jalan. pakaian budak tu. semua sama. time tu jugak aku tersebut nama dia. nasib baik takda orang perasan. kang nanti label aku budak gila pulak. dia takda dekat situ, tapi sebut nama dia. aihh. awak saya rindu awak. bila boleh jumpa ni? :/ RINDU AWAK BANYAK BANYAK !!

muka excited nak jumpa awak ni. hahahaha. aku dengan nia memang gila XD

cuba fahami ayat ni:

-melepaskan sesuatu perasaan yang pernah wujud dalam diri kita bukan mudah....
-"cinta itu seperti MATAHARI, memberi tanpa mengharapkan kembali, & Tidak memilih siapa yang akan ia sinari"

ayat kedua tu penting. oke dah. sampai sini je. see you soon. i'll update later. Assalamualaikum :)

No comments: