hello :D

Assalamualaikum. haip kapten *angkat tangan*

whoaa dah lama tak update blog. takda masa. sibuk je memanjang. hoi hari ni cuti oi. yeay cuti. lolol. haha. oh hari tu kan exam pastu kan kan kan aku just dapat 1A. tu pun A-. ergghh. aku kena usaha lebih lepas ni. aritu kan dah bagitau aku fail Addmath -__- kuwajoo betol. takpelah baru first exam kan. bulan 5 nanti aku akan usaha lebih sikit. chaiyok chaiyok. *muka semangat jpg.*LOL.

minggu lepas kan aku buat hias kelas tau. eh bukan aku sorang. semua la. tapi kelas tak cantik jugak. hahhaa. walaupun ramai perempuan kelas tu tapi kelas tu nampak macam macam macam tutt. entah taktau nak cakap macam mana. hmm takpelah. asal tak kena kelas paling kotor sudah ler.

gune camera cap ayam. gini la jadinya -__-

pastu minggu ni tak banyak benda buruk berlaku. Alhamdulillah. cuma koperasi je terbako. -__- haih. k koop sekolah kiteorang terbakar. kesian kitaorang. dah tak boleh beli air kotak, ice-cream, air susu, kertas manila, kertas warna, kertas mahjong. lol. hahha. semua nak bagitau *eh mestilah* :P rindu gila kot koop tu. hahaha. pagi tu aku datang lewat. kebetulan time tu hujan. pastu kena beratur tepi kelas. so, budak-budak semua naik atas la kan. then, masa aku nak naik kelas tu *alone k* aku lalu depan toilet laki, aku bau macam something hangit. sempat lagi aku intai. ingatkan ada orang hisap rokok. tapi bila pikir balik. takkan la hisap rokok bau macam terbakar kan. masa tu aku dekat tingkat 3. so, aku ignore je and teruskan perjalanan aku naik ke kelas. pastu ada peminat aku panggil dari tingkat 4. "najwa! najwa" LOL. tipu je laa. hahaha. perasan je lebih aku ni. pastu sampai kat kelas tu, zikir, baca doa, ikrar apa semua. lepas je ikrar tu ada announcement "semua pelajar diminta turun ke bawah sekarang juga". pastu kiteorang macam terpinga-pinga la kan. tetiba je. kawan aku dengan selambanya cakap "takkan nak perhimpunan 2 kali kot hari ni". semua orang pelik time tu. pastu kawan-kawan aku memang jahat gila tinggal aku dalam kelas sengsorang -_- nasib baik ada isma, iskandar, dengan aliff. pastu aliff cakap "woi cepat ah turun isma. aku sayang mung" hahahha bodoh tau aliff. sempat lagi buat lawak. pastu aku ambik buku physic apa semua tu nak turun bawah. tapi sampai tingkat 3 aku teringat buku teks physic tinggal kat atas. niat nak pergi ambik tapi dengar cikgu cakap "awak nak tunggu rentung dulu ke baru nak turun!!" k aku turun je. takut + pucat muka cikgu. semua bedebor gila. time tu aku tak tahu apa sebabnya cikgu suruh ni. pastu nampak koperas keluar asap hitam sangat-sangat. lepas tu baru tahu ada litar pintas. kerugian dianggarkan dalam 46K kot. banyak woo. yg aku tahu dekat stor koperasi tu ada vest, coat pengawas, baju sukan, stok pen, peti air kotak ada 3, peti aiskrim, mesin fotostat. ahhh banyak lagi. semua tu cair dengan serta merta. yang paling menyedihkan ada cip coklat yg atas aiskrim cornetto tu kat lantai. k kesian sangat. hahhaha lol. student smc ni lawok gila doe. time bomba masuk pagar skeolah tu semua tepuk tangan. hahahaha. annoying je perangai. and inilah hasil lepas kejadian tu - 
kasihanilah kami. hihihi :3

alang-alang aku update ni kan, nak cakap yang  congrates to team apa eh. alah. yang macam speach choir tapi bahasa melayu tu. pape jelah. hhaha. takpe korang tak menang pun. at least, korang cuba kan :) to team choral speaking, congrates korang dapat nombor 2 kan? *tepuk tangan kuat-kuat* :D and to mirah elvena salam takziah dari saya. Al-fatihah kepada ibu dia yang telah meninggal dunia hari isnin lepas disebabkan accident. kuatkan diri awk ye :') 

itu saja buat kali. Assalamualaikum. *undur diri* :)

No comments: