Assalamualaikum..

yahabibi yabulana. cabut gigi dengan spanar. ok terkenang zaman kecil.

orang cakap hidup ni tak selalunya indah. kadang kadang kita di atas. kadang kita di bawah. sama macam roda. tak semestinya kita di bawah, kita akan tetap di bawah. dan tak semestinya kita di atas, kita sentiasa berada di atas. tapi bila di atas kita tak boleh riak. siapa tak mahu duduk di atas? semua orang nak. semua nak rasa tu tapi tak semua dapat rasa so, kalau awak duduk di atas cubalah bersyukur dengan apa yang awak ada. saya bukannya nak mengata dekat orang. ni pun note to myself.

atas ke bawah ke atas usaha masing masing. kalau awak rajin, awak usaha, awak akan berada di atas. dan kalau malas, nak korek hidung pun malas, jangan kata atas, separuh pun belum tentu lagi. apa pun awak buat. sentiasa ingat Allah. Allah itu ada bersama kita. tapi jangan bila susah je ingat Allah. masa senang pun kena ingat Allah. sebab tu orang suruh berzikir supaya hati kita tak lupa pada Allah. sentiasa ingat yang kita bukan #ForeverAlone. kita ada Allah. sentiasa ada. :) dan jangan pula hanya berdoa pada Allah. usaha tu kena ada. awak kena ingat. Allah tu takkan ubah seseorang melainkan dia mengubah dirinya sendiri.

semoga kita menjadi hambaNya yang taat. aminn.

Assalamualaikum.



No comments: